Ayahku Berhenti Merokok
Firman Allah, “Janganlah engkau campakkan dirimu ke lembah kebinasaan,” Ayat ini sudah kita maklum sejak zaman bangku sekolah lagi. Tetapi mengapa masih ramai pemuda,bapa-bapa hatta ustaz dan sekalipun golongan wanita masih lagi ada yang merokok. Merokok sudah jelas sekali hukumnya haram di sisi syarak. Kandungannya terisi arak, tar nikotin, pati najis dan sebagainya. Sudah cukup membuktikan bahawa rokok adalah haram dan membahayakan kesihatan.
Kisah ini menceritakan, pada suatu hari seorang anak kecil mengambil sebatang rokok milik ayahnya dan meniru aksi ayahnya itu yang ketagihan rokok. Dia melakukan semua itu seolah-olah untuk meneladani tabiat buruk ayahnya itu.
Ayahnya sangat marah dan mengherdiknya. Dia menegaskan kepada anaknya bahawa merokok membahayakan kesihatan. Lantaran itu, anaknya berkata kepada ayahnya, “Ayah, bagaimana rokok dapat membahayakan kesihatanku, tapi tidak membahayakan kesihatan ayah?”
Si ayah terdiam dan tidak sanggup menjawab soalan si anaknya itu. Dia pun akhirnya meninggalkan kebiasaan merokok. Maha suci Zat yang memberi petunjuk.
“Salah satu baiknya keislaman seseorang adalah
meninggalkan apa yang tidak berfaedah..”
-posted by NURUL IMAN SUBRI-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan