Kedermawaan Seorang Petani URWAH BIN ZUBAIR
Urwah bin Zubair adalah seorang yang ringan tangan dan dermawan. Antara bukti kedermawaannyan itu adalah ketika beliau memiliki sebidang kebun buah yang luas di Madinah dengan air telaganya, pepohonan yang rendang serta buahnya yang lebat. Beliau memasang pagar yang mengelilinginya untuk mengelakkan daripada binatang perosak. Sehingga musim berbuah dan masak, barulah pintu pagar tersebut dibuka kepada sesiapa yang ingin memakannya.
Ternyata ramai orang yang keluar masuk ke kebun Urwah untuk menikmati buah-buahan yang masak ranum. Rupa-rupanya, rahsia kebun beliau subur ialah setiap kali memasuki kebun, beliau sering mengulang-ulang firman Allah yang bermaksud, “Dan mengapa kamu tidak mengucapkannya tatkala kamu memasuki kebunmu “Maasya-Allah, laa quwwata illa billah (sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah).” (Surah Al-kahfi:39)
Wahai saudara sekalian, lihatlah sekarang, berapa ramai orang yang sanggup dan ikhlas bersedekah dan memberi makan hasil tanamannya pada orang lain?? Sedangkan Urwah sanggup membenarkan kepada sesiapa sahaja yang ingin menikmati buah-buahannya bahkan sebelumnya beliau memagari kebunnya daripada serangan haiwan perosak semata-mata untuk menjaga kualiti tanaman untuk disedekahkan kepada orang lain.
Manakala petani-petani sekarang sering merungut akan hasil tanaman mereka. Kadang-kadang mereka tidak pernah redho akan bencana yang dihadapi. Tetapi, apabila hasil tanaman mereka subur dan berhasil, mereka mempercayai hanya baja kualiti dan ‘skill’ pertanian mereka yang lebih hebat. Mereka lupa bahawa yang berkuasa menghasilkan semua itu adalah tuhan sekalian alam ALLAH S.W.T bahkan tidak terucap sekalipun ALHAMDULILLAH dari lisan mereka.
Berbeza sekali dengan pegangan Urwah, setiap kali beliau memasuki kebunnya, beliau sering mengulang-ulang, “Maasya-Allah laa quwwata illa billah,” inilah rahsia kesuburan tanamannya yang perlu petani-petani di luar sana amalkan, bukan hanya mengeluh dan menunggu rezeki turun dari langit, tetapi berusaha, ikhtiar, doa dan tawakkal kepada Allah. Moga-moga usaha kita diredhoiNya dan tergolong dalam golongan yang bertaqwa. “Semulia-mulia masa ialah masa
yang digunakan dalam mentaati Allah..” ~POSTED BY: NURUL IMAN SUBRI~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan